Monday, May 28, 2012

Radix Fried Chicken (RFC)

 

Radix Fried Chicken atau RFC yang mempunyai pusat operasi di Lagenda Height, Sungai Petani, Kedah. Syarikat ini diasaskan oleh Tuan Haji Ismail Bin Haji Ahmad iaitu Pengarah Urusan HPA. Radix Fried Chicken mula beroperasi mulai 1 Jun 2008. Kini Radix Fried Chicken atau RFC telah mempunyai cawangan di luar negara seperti Arab Saudi. Selain itu, Radix Fried Chicken juga terkenal akan kopinya iaitu Kopi Radix.

RFC adalah alternatif kepada makanan segera yang diperkenalkan oleh syarikat luar negara. Objektif utama pewujudan RFC untuk memberi peluang kepada pengguna untuk memilih makanan yang disediakan menepati kaedah halal dan organik bermula dari sistem penternakan ayam yang akan digunakan dalam rangkaian restoran RFC.

Permulaan cetusan idea berlaku setelah berlaku pendedahan dalam media di Malaysia berkenaan tahap keraguan penghasilan ayam daging menggunakan bahan ragu bermula didalam makanan ayam konvensional.Pada Mac 2008 Pengarah Urusan HPA telah mengadakan perbincangan di Pusat Latihan Telekom Wilayah Timur, Marang ,Terengganu .Beberapa rakan berpengalaman dalam penternakan ayam daging termasuk seorang ahli veterinar (bidang penternakan ayam daging) Dr. Saari b. Husin (DAHP,DVM - UPM ) hadir . Keputusan diambil dari perbincangan dengan mengamanahkan kepada Dr. Saari untuk menyusun dan merangka sistem penternakan berskala besar bermula merangka rumusan rangsum organik ( bebas bahan asas rumusan makanan yang meragukan dalam konteks syarak terutama sumber protin dalam rangsum , bebas bahan kimia seperti antibiotik dan "growth promotant" ).

 

Antara Cawangan RFC:

RFC Alor Setar:
No. 20, Jalan Shahab Perdana, 05150 Alor Setar, Kedah. No tel: 04-7334717 / 047336717
RFC Bandar Laguna Merbuk
Plot 2, Pasar Moden MPSPK, Bandar Laguna Merbuk
08000 Bdr HPA Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
Tel : 04 - 4427717 Fax: 04-4415717

RFC Sg Petani
(Dibuka setiap hari.24 jam sehari)
Alamat: Lot 95-97, Jalan Lagenda 1, Legenda Height, Sungai Petani, Kedah Darul Aman. No. Tel: 04-4254717.

RFC Kluang Johor
No. 63 & 65, Jalan Rambutan,
86000 Kluang, Johor.
Tel: 07 771 0717 / 773 5717

RFC Mydin Mall Melaka
F-01 & F-02, Tingkat 1,
Mydin Wholesales Hypermarket,
Lot 15060,15061 & 15062, Kawasan MITC,
75450 Ayer Keroh,
Melaka 

RFC Bangi
No 47, (Ground Floor), 
Jalan Medan Pusat 2D, Bandar Baru Bangi, Selangor

Restoran Radix Fried Chicken (RFC) Kuala Terengganu
LOT 4232 (G/F) WISMA CHUA AH KEE
OFF JALAN SULTAN ISMAIL/JALAN TOK LAM
20200 KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
NO TEL: 09-6309527 / 09-6409528

Sistem Mudharabah dalam RFC

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC, disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.
1. Ahli HPA dan mengikuti PBC
2. Pelaburan bernilai RM 1.5 juta ringgit
3. Keuntungan 50/50
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru
10. Untung dan rugi ditanggung bersama
11. Anggaran keuntungan antara 18% – 25% setahun
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )